ENGLISH B.MELAYU  
Notis Perlindungan Data Peribadi

Kami, Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd berjanji melindungi Data Peribadi yang telah kami kumpulkan. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai "Data Peribadi tersebut") yang telah dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan pada 15 November 2013 untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersil, kami mengemukakan notis mengenai hak anda sebagai pengguna dan/atau pengedar ke atas Data Peribadi anda yang telah dikumpulkan oleh pihak kami.
 
1. Pengumpulan Data
1.1 Kami akan memproses Data Peribadi anda yang telah anda berikan kepada kami secara sudi seperti yang disenaraikan berikut dalam segala transaksi jualan langsung yang akan datang:
 
  1. Nama, nombor kad pengenalan / nombor pasport, umur, jantina, tarikh lahir, kaum, kewarganegaraan, taraf perkahwinan, pasangan dan maklumat pewaris termasuk nombor kad pengenalan / nombor passport;
  2. Maklumat perhubungan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel;
  3. Maklumat akaun bank;
  4. Gambar yang anda berikan kepada kami dan / atau gambar ditangkap dalam upacara rasmi syarikat kami; dan
  5. selainnya
     
2. Penggunaan
2.1 Kami akan mengguna dan memproses Data Peribadi tersebut untuk tujuan berikutnya:
 
  1. Memberitahu anda tentang promosi baru, maklumat kesihatan, atau maklumat produk baru;
  2. Pengeluaran bonus / komisen yang diuntung atau kemasukan dalam program pengiktirafan;
  3. Memastikan dan menghabiskan tempahan dan pembayaran anda;
  4. Memberi kursus produk baru dan perkhidmatan;
  5. Menjawab pertanyaan anda;
  6. Segala tujuan pemasaran yang lain; dan
  7. Penggunaan bisnes secara dalaman seperti analisis data, audit, penentuan tabiat penggunaan dan sebagainya.
     
3. Pendedahan
3.1 Data Peribadi anda tidak akan didedahkan tanpa keizinan anda untuk apa-apa tujuan selain daripada tujuan asal yang diizinkan pada masa pengumpulan Data Peribadi tersebut. Namun, Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga yang ditentukan oleh pihak berkuasa Akta tersebut, pihak kerajaan atau mahkamah.
 
3.2 Dalam perniagaan kami, kami mungkin akan memberi Data Peribadi anda kepada rakan perniagaan kami untuk berhubung dengan anda mengenai produk atau perkhidmatan yang berkaitan. Walau bagamanapun, anda mempunyai pilihan untuk menerima atau menolak pendedahan Data Peribadi anda demi penggunaan sedemikian dengan menghantar surat kepada kami mengikut perenggan 6.2 di bawah.
 
4. Keselamatan
4.1 Data Peribadi anda akan disimpan dan diproses dengan cara yang berpatutan dari segi undang-undang untuk mengelakkan daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pendedahan yang tidak dibenarkan, pengubahan atau pemusnahan.
 
5. Penyimpanan Rekod
5.1 Data Peribadi yang dikumpul tidak akan disimpan lama daripada yang diperlukan seperti yang disenaraikan di sini atau selepas penamatan perjanjian antara anda dengan kami.
 
5.2 Kami akan mengambil langkah yang bersesuaian untuk memastikan Data Peribadi anda dimusnahkan atau dipadamkan selama-lamanya dalam jangka masa yang berpatutan selepas sahaja perjanjian antara kami diberhentikan atau jika ia tidak lagi diperlukan bagi tujuanya dikumpulkan atau tidak dikehendaki oleh undang-undang.
 
6. Akses dan Pembetulan
6.1 Kami akan menggunakan usaha yang berpatutan secara komersil untuk mengekalkan Data Peribadi anda dengan lengkap dan tepat serta simpanan yang sentiasa kemaskini.
 
6.2 Jika anda ingin mengakses, membuat apa-apa siasatan, tukar Data Peribadi anda, atau membuat aduan, anda boleh menghubungi kami pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat 10:00 pagi - 7:00 malam), Sabtu dari jam 10:00 pagi hingga 5.00 petang.

    Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd
    (789444-M) (AJL 931764)
    Member of LKK Health Products Group
    B-02-05, Level 2, IOI Boulevard
    Jalan Kenari 5
    Bandar Puchong Jaya
    47170 Puchong
    Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    Tel: (603) 8079 1828
    Fax: (603) 8079 1827
    Hotline: 1300225678
    E-mel: wecare.my@infinitus-int.com
 
6.3 Permintaan untuk akses atau membetulkan Data peribadi mungkin tertakluk kepada bayaran.
 
7. Pilih Keluar
7.1 Anda boleh pada bila-bila masa memberitahu kami pada alamat di atas secara bertulis bahawa anda mahu kami berhenti atau tidak untuk memproses Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung.
 
8. Pengubahsuaian Notis
8.1 Kami berhak untuk meminda Notis ini pada sebarang masa. Apa-apa perubahan kepada Notis ini akan berkuatkuasa serta-merta apabila disiarkan di laman web kami (www.infinitus.my).
 
8.2 Dengan melawat laman web kami, anda mengakui penerimaan Notis ini berkuatkuasa pada masa lawatan.
   
8.3 Kami percaya bahawa anda akan mengizin dan bersetuju dengan syarat di atas berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami. Jika kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada anda berkenaan perkara di atas dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis ini, kami akan menganggap anda telah bersetuju.